template

Thursday, January 23, 2014

Salam Ta`ruf dan Berstrategi


Assalamualaikum dan salam ta`aruf=)

        Alhamdulillah, akhirnya dengan izin Allah lahir juga satu blog yang bernama ... bolehlah baca seperti yang terpampang di atas =D .

        Blog ini ditubuhkan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman saya dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Islam . Saya masih lagi baru dalam penulisan ini . Jadi, segala kelemahan dan kekurangan harap dapat ditegur secara friendly =) .

       Untuk entri ini, sekadar nak kupas sedikit tentang dakwah. Dakwah itu berstrategi . Kenapa perlu ada strategi dalam dakwah ? Penting ke?

       Strategi dalam berdakwah ibarat garam dalam masakan . Kenapa? Kalau tidak ada strategi , agak-agak , ramai ke orang yang akan tertarik untuk mendekati Islam? Kalau masakan tak ada garam , ada ke orang yang suka makan masakan tersebut? Kalau orang yang normal, sudah tentulah jawapannya tidak .

     Tanpa strategi, tidak ramai orang yang akan tertarik dengan Islam . Dan strategi yang terbaik dalam berdakwah ialah menunjukkan akhlak yang mulia seperti mana yang Rasulullah S.A.W tunjukkan kepada kita . Ohsem sangatkan akhlak Rasulullah ! Kita sebagai umat akhir zaman, buatlah apa yang termampu kita buat untuk Islam . Tak banyak pun , sikit-sikit dulu pun ok . Daripada langsung tak buat kan.

      Cuci tangan sebelum makan sunnah Rasulullah . Nampak je kecil . tapi kalau niat sebab nak ikut sunnah Rasulullah , kita dah dapat amalkan sebahagian kecil sunnah baginda . SENYUM ^^
   
      Inshaa Allah, ini hanya pengenalan blog . Kupasan donut bulat7 untuk kali ini sampai di sini sahaja . Akhir kalam , kadangkala, tanpa strategi dalam berdakwah, boleh menimbulkan fitnah dalam agama ini . Jadi , sentiasalah berstrategi agar dakwah itu berkualiti dan mudah didekati oleh orang lain =) .


"Adalah pada diri Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagi sesiapa yang berharap untuk bertemu dengan Allah dan Hari Akhirat, dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya".
(Surah Al Ahzab ayat : 21)

Wallahu`alam



NOTA DONUT ^^: Doakan saudara-saudara se Islam kita seluruh dunia yang sedang menegakkan Islam... 


     

No comments:

Post a Comment