template

Tuesday, January 28, 2014

It`s not Jannah!


Kadangkala hidup menuntut kesempurnaan,

Suami nak yang hensem, pandai, hidung mancung, pandai buat lawak,

Isteri nak yang lawa, comel, pandai masak, bijak, solehah, tip-top lah senang kata

Makan nak yang sedap-sedap,

Pakaian nak yang ada jenama,

Tak ada jenama tak mainlah kawan. =,=

Hakikat manusia yang normal memang begitu. Jadi, siapa yang tak normal tak adalah rasa semua tu. Eheh!

Hakikat dunia ini hanya sementara kawan, dan akhirat itu kekal abadi,

Jadi tidak mengapalah jika apa yang kita inginkan sekarang tidak diperolehi lagi

Allah has the BEZ plan for us!!!

It`s not Jannah, this is just a dunya !!!


Wallahu`alam

Kbai =)


Thursday, January 23, 2014

Salam Ta`ruf dan Berstrategi


Assalamualaikum dan salam ta`aruf=)

        Alhamdulillah, akhirnya dengan izin Allah lahir juga satu blog yang bernama ... bolehlah baca seperti yang terpampang di atas =D .

        Blog ini ditubuhkan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman saya dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Islam . Saya masih lagi baru dalam penulisan ini . Jadi, segala kelemahan dan kekurangan harap dapat ditegur secara friendly =) .

       Untuk entri ini, sekadar nak kupas sedikit tentang dakwah. Dakwah itu berstrategi . Kenapa perlu ada strategi dalam dakwah ? Penting ke?

       Strategi dalam berdakwah ibarat garam dalam masakan . Kenapa? Kalau tidak ada strategi , agak-agak , ramai ke orang yang akan tertarik untuk mendekati Islam? Kalau masakan tak ada garam , ada ke orang yang suka makan masakan tersebut? Kalau orang yang normal, sudah tentulah jawapannya tidak .

     Tanpa strategi, tidak ramai orang yang akan tertarik dengan Islam . Dan strategi yang terbaik dalam berdakwah ialah menunjukkan akhlak yang mulia seperti mana yang Rasulullah S.A.W tunjukkan kepada kita . Ohsem sangatkan akhlak Rasulullah ! Kita sebagai umat akhir zaman, buatlah apa yang termampu kita buat untuk Islam . Tak banyak pun , sikit-sikit dulu pun ok . Daripada langsung tak buat kan.

      Cuci tangan sebelum makan sunnah Rasulullah . Nampak je kecil . tapi kalau niat sebab nak ikut sunnah Rasulullah , kita dah dapat amalkan sebahagian kecil sunnah baginda . SENYUM ^^
   
      Inshaa Allah, ini hanya pengenalan blog . Kupasan donut bulat7 untuk kali ini sampai di sini sahaja . Akhir kalam , kadangkala, tanpa strategi dalam berdakwah, boleh menimbulkan fitnah dalam agama ini . Jadi , sentiasalah berstrategi agar dakwah itu berkualiti dan mudah didekati oleh orang lain =) .


"Adalah pada diri Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagi sesiapa yang berharap untuk bertemu dengan Allah dan Hari Akhirat, dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya".
(Surah Al Ahzab ayat : 21)

Wallahu`alam



NOTA DONUT ^^: Doakan saudara-saudara se Islam kita seluruh dunia yang sedang menegakkan Islam...